Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 SEMAKAN WTD ATAS TALIAN MELALUI PORTAL eGUMIS

MAKLUMAT AM BERKAITAN DENGAN SISTEM SEMAKAN WTD ATAS TALIAN MELALUI PORTAL eGUMIS

1.         Apakah Web Site Untuk Semakan WTD atas talian?

Melalui Portal eGUMIS  berikut: https://egumis.anm.gov.my/

2.         Siapakah yang boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?

Individu dan syarikat / firma  dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

3.         Bagaimanakah pemohon boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1:       Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/      

Langkah 2:       Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.

Langkah 3:       Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4:       Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5:       Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

4.         Apakah yang akan terjadi sekiranya pengguna eGUMIS tidak log masuk ke portal setelah menerima kata laluan sementara?

               Sekiranya pengguna tidak log masuk ke portal eGUMIS setelah menerima kata laluan sementara melebihi 30 hari, akaun pengguna tersebut akan dinyahaktifkan secara automatik.

5.         Sekiranya pemohon tidak menerima email kata laluan di dalam peti masuk selepas pendaftaran, apakah yang perlu dilakukan?

Pengguna eGUMIS boleh menyemak email kata laluan pada spam.Sekiranya tiada, pengguna eGUMIS boleh menghubungi Pentadbir Sistem eGUMIS melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) .

6.         Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna eGUMIS tersilap kunci masuk alamat email semasa pendaftaran?

Pengguna eGUMIS boleh menghubungi Pentadbir Sistem eGUMIS melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

7.         Adakah terdapat tempoh masa bagi akaun pengguna eGUMIS?

Ya, tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan sahaja daripada tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna baharu.

8.         Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya nombor pengenalan dan nama empunya tidak sama dengan rekod Pendaftar ?

Semua maklumat wtd adalah berdasarkan rekod serahan daripada entiti (syarikat / firma) kepada Pendaftar. Untuk tujuan permohonan wtd, pemohon perlu mencetak maklumat wtd tersebut dan mendapatkan surat penjelasan dan surat pengesahan WTD mengikut format yang ditetapkan daripada Syarikat / Firma.

9.         Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya pemohon yakin mempunyai Wang Tak Dituntut (WTD) tetapi maklumat tidak dapat dikesan dalam semakan secara atas talian?

Bagi fasa awal (pertama) 1 Januari 2020  semakan secara online ini, maklumat WTD yang terdapat dalam portal semakan hanya mengandungi  rekod wtd yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan diri  yang diserahkan oleh syarikat/firma mulai tahun  kewangan 2006 sehingga sekarang.

Fasa kedua (1 Februari 2020) semakan ke semua rekod wtd bermula tahun 1977 sehingga sekarang

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat yang dapat membuktikan keempunyaan wtd tersebut. Sila rujuk alamat Pejabat Pendaftar WTD dan senarai alamat JANM Negeri/Cawangan  di laman sesawang  www.anm.gov.my. Pemohon juga boleh membuat semakan di syarikat/firma yang menyerahkan WTD tersebut kepada Pendaftar.

10.      Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya terdapat masalah berkaitan semakan WTD atas talian?

Pengguna eGUMIS boleh menghubungi Pentadbir Sistem eGUMIS melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

11.      Adakah Terdapat Kemudahan Permohonan Bayaran Balik WTD yang dilakukan atas talian?

Pada awal pelaksanaan semakan wtd atas talian semua permohonan bayaran balik wtd masih perlu mengemukakan Borang Permohonan dan dokumen sokongan  mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pendaftar.

Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wtd dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara terus melalui kaunter di Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara   Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan seperti di pautan portal berikut:

http://www.anm.gov.my/index.php/direktori-ag/direktori-janm-negeri-cawangan-bahagian-akaun-kementerian/maklumat-janm-negeri-dan-cawangan.

Manakala permohonan melalui pos boleh dilakukan terus kepada alamat Pejabat Pendaftar seperti soalan 13.

12.   Di manakah soalan  (FAQ) berkaitan semakan wtd atas talian boleh didapati?

Soalan lazim berkaitan semakan wtd atas talian boleh didapati melalui link https://egumis.anm.gov.my/faq

13.   Nombor Telefon Call Centre?


P: (+603) 2056 8052/53/54/55

Alamat Ibu Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel No:03-20568000

​​Waktu Operasi Ibu Pejabat Isnin -Khamis : 8.30pagi hingga 4.30petang
Jumaat           : 8.30pagi hingga 12.15tgh
                         2.45petang hingga 4.30petang​


Sabtu, Ahad & Cuti Umum -Cuti