Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 PENGEMASKINIAN AKTIVITI UNIT PENGURUSAN DANA BAGI BULAN OKTOBER/NOVEMBER 2019 JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PERLIS

PERINGATAN KEPADA JABATAN/PTJ/PEJABAT PEMUNGUT BAGI  PENERIMAAN MELALUI EFT

Diingatkan kepada PTJ perlu sediakan Resit Rasmi dan Penyata Pemungut apabila menerima  notis melalui e-mail makluman daripada Pejabat Perakaunan dengan kadar segera.  Tarikh notis adalah tarikh e-mail makluman diterima. 

 -Selaras dengan peraturan SPANM Bil.13/2014



PERINGATAN KEPADA JABATAN/PTJ/PEJABAT PEMUNGUT BAGI STATUS TERIMAAN YANG MASIH TIDAK DIBANKKAN

PTJ perlu mamatuhi peraturan di bawah AP78, walaubagaimanapun adalah digalakkan supaya PTJ menyediakan Penyata Pemungut dan dibankkan terimaan dengan segera sekurang-kurangnya seminggu sekali tanpa mengira jumlah terimaan.  Ini bagi mengelakkan masalah berbangkit seperti ketiadaan pegawai dan masalah sistem pada hujung/awal bulan untuk penyediaan dan mengesahkan dokumen yang berkaitan

 

PERINGATAN KEPADA JABATAN/PTJ/PEJABAT PEMUNGUT KEMUKAKAN SIJIL PENGESAHAN BAKI TERIMAAN

Diingatkan kepada PTJ untuk menghantar Sijil Pengesahan Baki Terimaan kepada AO selewat-lewatnya 14 haribulan bulan berikutnya dari tarikh laporan dijana.
-Selaras dengan peraturan SPANM Bil.3/2019  

PERINGATAN KEPADA JABATAN/PTJ/PEJABAT PEMUNGUT KEMUKAKAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DEPOSIT

Diingatkan kepada PTJ untuk menghantar Sijil Pengesahan Baki Akaun Deposit kepada AO selewat-lewatnya 14 haribulan bulan berikutnya dari tarikh laporan dijana.

-Selaras dengan peraturan SPANM Bil.4/2019