Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 KAJIAN SOAL SELIDIK MENGENAI PENGGUNAAN TELEFON PINTAR (SMARTPHONE) BAGI TUJUAN PERALIHAN MEDIUM DARI SIJIL DIGITAL TOKEN KE ROAMING + ONE TIME PASSWORD (OTP) BAGI iGFMAS

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya adalah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman YBhg. Datin / Tuan/ Puan, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Khas Projek MyGPKI Bil. 1 Tahun 2023 pada 20 Disember 2023 telah meluluskan penggunaan sepenuhnya bermula pada tahun 2024 – 2025 kepada medium sijil digital Roaming + OTP untuk Sistem ICT Kerajaan berisiko tinggi yang menggunakan Perkhidmatan Government Public Key Infrastructure (MyGPKI).

3.       Oleh itu, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan kajian soal selidik berkaitan penggunaan telefon pintar (smartphone) di kalangan pengguna Sistem Kewangan dan Perakaunan Bersepadu Kerajaaan Persekutuan (iGFMAS). Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perancangan dan persediaan awal bagi memastikan pelaksanaan peralihan medium sijil digital token kepada Roaming + OTP berjalan lancar semasa perakuan dokumen kewangan iGFMAS dilaksanakan.

4.         Sehubungan itu, sukacita sekiranya YBhg. Datin/Tuan/Puan dapat mengisi soal selidik tersebut mulai tempoh 18 Mac hingga 18 April 2024 dan memanjangkan hebahan kepada pengguna yang membuat perakuan dokumen kewangan iGFMAS di Pusat Tanggungjawab mengikut Pejabat Perakaunan masing-masing seperti link berikut:

Pautan soal selidik: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfQ6OyapMPOvoNOtAWMl8Dpfqpp-P_TkndHOdqnwsVJSad0g/viewform

5.         Kajian ini dijangka dapat membantu BPTM, JANM membuat perancangan dengan lebih terperinci bagi pelaksanaan peralihan medium Sijil Digital Token kepada Roaming + OTP yang dijangka akan dilaksanakan pada hujung tahun 2024.

6.         Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan kajian soal selidik ini boleh dibuat kepada pasukan Authorization BPTM melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi pegawai seperti di talian berikut:

                            i.        Ts. A’iniah binti Kamarudin    – 03-8882 1151

                            ii.        Nurul Ain binti Mohd Najib   – 03-8882 1151

7.         Kerjasama dan perhatian yang diberikan bagi menjayakan kajian soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.