Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Tuan/Puan,

PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Menurut Arahan Perbendaharaan 113(f) telah dinyatakan bahawa “Pada penghujung tahun semua pemegang panjar hendaklah mengemukakan satu salinan Sijil Perakuan Panjar bersama-sama rekupmen terakhir bagi tahun tersebut kepada Akauntan Negara dengan satu salinan kepada Ketua Audit Negara. Sijil Perakuan Panjar perlu dikemukakan bersama-sama rekupmen akhir ke Pejabat Perakaunan di mana rekupmen dibuat dan apungan berada’’.

3.         Sehubungan itu, semua pemegang panjar di Pusat Tanggungjawab(PTJ) diminta untuk menyediakan dan menghantar Sijil Perakuan Panjar beserta dokumen sokongan sebanyak 3 set dokumen asal kepada Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis selewat-lewatnya 5 Januari 2023(Jumaat). Sijil ini boleh dicetak mulai 31 Disember 2022 dan sebarang transaksi panjar tahun 2023 hanya boleh dilakukan setelah Sijil Perakuan Panjar dicetak.

4          Bersama-sama ini dilampirkan tatacara penyediaan dokumen untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Lampiran.

1. Surat Rasmi

2. Tatacara Penyediaan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit 2023