Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT DANA

HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS

Adalahdenganhormatnyamerujukkepadaperkaradiatas.

2.        Selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 14 Mac 2023, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) di bawah kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak tiga (3) kali untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja.

3.       Pelaksanaan ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2023 dan sekiranya penggunaan OTV telah mencapai tiga (3) kali bagi tahun ini untuk ID penerima berkenaan, Pusat Tanggungjawab hendaklah mewujudkan kod vendor yang bersesuaian untuk meneruskan bayaran.

4.        Sehubungan dengan itu,  perkara ini dipanjangkan kepada PTJ bagi memberi peringatan di atas perkara berikut :

i.      PTJ hendaklah memastikan bahawa semua Arahan Pembayaran oleh PTJ menggunakan maklumat Data Induk Pembekal iGFMAS seperti yang ditetapkan seperti di Lampiran 1.

ii.    Kaedah penyelesaian bagi pembayaran yang menggunakan OTV adalah seperti di Lampiran 2.

Bersama-sama ini dilampirkan 

SURATEDARANBPOPPBILANGAN 2 TAHUN 2023 - HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS 

Lampiran 2_Surat Edaran BPOPP Bil 2 Tahun 2023_Had Kekerapan OTV.pdf