Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 3 TAHUN 2023

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2022 (101)

Tarikh : 31 Mac 2023

YBhg. Datin/ Tuan/ Puan,

Tuan/ Puan,

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 3 TAHUN 2023 - PENGGUNAAN SATU  AKAUN BANK SAHAJA BAGI BAYARAN KEPADA PENJAWAT AWAM (KOD VENDOR EMPLOYEE) MELALUI MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) DAN MODUL ACCOUNT PAYABLE (AP)

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 15 Mac 2023, mesyuarat bersetuju bagi penggunaan satu akaun bank sahaja bagi pembayaran kepada penjawat awam melalui kod vendor EMPLOYEE untuk bayaran emolumen kepada Penjawat Awam melalui Modul Human Capital Management (HCM) – Payroll dan bayaran tuntutan perjalanan (TNT) serta tuntutan lain di Modul Account Payable (AP). Ini adalah selaras dengan pelaksanaan penggunaan Tuntutan Perjalanan (TNT) HRMIS yang menggunakan nombor akaun daripada sumber data Human Capital Management (HCM).

3.         Keutamaan pembayaran kepada penjawat awam bagi modul AP adalah menggunakan satu nombor akaun sahaja iaitu sumber data dari HCM. Sekiranya terdapat keperluan bagi menggunakan nombor akaun selain daripada sumber data di HCM, pegawai melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ)  hendaklah mendapat pengecualian daripada Pejabat Perakaunan di atas justifikasi tertentu.

4.         Dipanjangkan perkara ini kepada Pusat Tanggungjawab dan perkara ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2023.

Sekian, terima kasih.

(UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN)